Friday 1 April 2011

Aku sangat mencintainya.. (part 1)

assalamualaikum salam 1 kasih sayang buat semua sahabat-sahabat di alam maya ini..
kali ini coretan dalam titisan tinta kali ini akan bermadah tentang cinta ku kepada si dia...

 sejak dari dulu lagi,aku ada menaruh perasaan cinta kepada di akan tetapi cinta itu tidak lah seteguh mana...
tapi sekarang setelah ku berjauhan dengan nya baru ku merasai akan kerinduan dan perasaan cinta yang mendalam kepadanya...
MUNGKIN SAHABAT-SAHABAT MEMBUAT KESIMPULAN YANG POST KALI INI BERKISARKAN TENTANG LUAHAN HATI ADMIN AKAN KEKASIH GELAPNYA..

Jikalau ya anda silap kerana kali ini coretan tinta mahu berkongsi cerita tentang seorang insan yang tahu apa itu erti kasih sayang dan cinta yang sebenarnya...
DIALAH INSAN YANG BERGELAR SEORANG IBU....

Apakah perumpamaan yang sesuai untuk seorang ibu untuk menggambarkan tentang pengorbanan kasih sayangnya untuk membesarkan anak-anak seperti kita..??
TIADA sahabat-sahabat sekalian..tiada satu pun perumpamaan yang dapat melambangkan akan pengorbanan ibu kepada anaknya bermula dari pada 9bulan mengandungkan kita dan selepas itu sehingga lah sekarang..

seorang ibu sanggup berkorban untuk anaknya demi untuk memastikan masa depan anaknya cerah...ibu mana yang mahukan masa depan anak nya gelap...
Persoalannya,perlukah kita menyayangi ibu kita dengan sepenuh cinta melebihi cinta kita terhadap isteri kita,harta kita mahu pun benda-benda yang lain..
Adakah perlu sama cinta kita terhadap ibu kita dengan cinta terhadap orang lain...


JAWABNYA YA, KITA MESTI MENCINTAI SEORANG IBU MELEBIHI CINTA KITA TERHADAP ORANG LAIN..
sememangnya jawapan ini semuanya dah tahu,dah memang soalan bocor pun..tapi apa yang kita dapat adakah  kita betul-betul buat...
cakap bukan main kencang tapi hapak tarak ada...huh..
mengapakah kita perlu mencintai ibu kita lebih dari kita mencintai isteri,harta kita,pangkat kita..??
ini kerana pengorbanan seorang ibu tidak akan dapat kita balas walaupun kita dapat tebus dengan wang bernilai 100juta sekali pun ia masih belum cukup untuk menandingi pengorbanan seorang ibu kepada kita..

cuba kita imbau kembali kehidupan kita dari seorang bayi,kanak-kanak kecil,budak kecil,sehingga lah kita dewasa,siapa yang selalu bersama dengan kita klu bukan IBU KITA...

dan setiap masa setiap ketika sepanjang tempoh kita membesar ibu sentiasa mendahulukan kepentingan kita,kemudian baru bicarakan kepentingan mereka sendiri..

bersambung pada part 2..kalau soal ibu tak cukup 1 post buat perkongsian...n semoga mula bicara ini menjadi titik kesedaran buat kita untuk bertambah mencintai ibu kita yang tersayang..









SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU

No comments:

Post a Comment