Thursday, 24 March 2011

Adakah semua ini takdir?

         Salam satu hati buat semua blogger yang teman nya adalah laptop tercinta... dalam kehangatan result spm yang baru dua hari sahaja diumumkan alhamdulillah prestasi remaja di Malaysia dalam akademik makin meningkat kecemerlangan nya..tapi soal moral dan tingkah laku mereka bagaimana ek...??isu nie mungkin next time kowt kita discuss...tapi kali nie setitis coretan tinta mahu masuk lah sikit ke alam remaja...
      yang mana,kita semua telah tahu dalam dunia nie ataupun karma dunia ada dua jer; baik-buruk,bodoh-pandai,cantik-hodoh,besar-kecil,syurga-neraka,dosa-pahala.. dan dalam kamus pendidikan pun ada gak ; BERJAYA atau GAGAL...
      SESUNGGUHNYA, bila mana sebelum dapatnya keputusaan peperiksaan semua remaja yang bergelar pelajar calon SPM sudah pun berusaha bersungguh-sungguh unuk berjaya dalam examination,akan tetapi setiao tahun mesti punya,akan ada yang gagal...
     mengapa sebabnya??erm admin tak mahu laa nak coret kat sini sebbnya, semua mungkin dah tahu.. "sesungguhnya ALLAH akan berikan apa yang kamu usahakan" dan ALLAH akan berikan setimpal dengan apa yang kamu usahakan.. 
     apa yang saya mahu coretkan disini adlah berkenaan tentang penerimaan seseorng terhadap takdir ataupun qada' dan qadar yang telah ditentukan oleh ALLAH ..bilaman seseorng mendapat keputusan exam,ada yang gembira ada yang menangis,ada yang selamba,ada yang buat deek jer,dan ada yang pengsan(eh,ada ker yang pengsan)p/s;mohon rujuk sumber ek..;-p...
     Maaf2,melencong ckit..bagi pelajar yang mendapat kejayaan sudah tentu mereka gembira bersyukur kepada ALLAH yang telah memberi rezki kepada nya..akan tetapi bagaimana pula dengan penerimaan  bagi mereka yang tidak dapat apa yang mereka mahu kan,atau dalam bahasa kasarnya GAGAL...
    Mereka diam seribu bahasa, malu, tidak tentu arah, rasa down dan sebagainya...bagi mereka yang mengalami nasib sebegini jangan lah anda semua merasakan bahasa tiada tempat lagi yang dapat bergantung..SPM bukan segala-galanya,SPM hanyalah pemulanya...sesungguhnya bila mana kita menerima kegagalan bukanlah bererti kita akan gagal selama-lamanya,tapi berfikirlah secara positif yang mana kegagal;an yang kita rasai sekarang akan menjadi pengalaman yang pahit yang tak kan kita lalui lagi..
      kalau direnung dari sudut pentarbiahan atau dalam erti kata yang lain sudut latihan yang mana kegagalan ini akan mengajar kita erti kehidupan,dan mengajar kita untuk menjadi seorang yang berjaya...
    sesungguhnya beruntunglah mereka yang merasai kegagalan dalam hidup yang mana inilah yang mengajar kita mengenal erti usaha+keberkatan=kejayaan..dan bagi mereka yang berjaya mereka bersyukur atas kejayaa bagi mereka tapi mereka tidak dapat merasai kegagalan...
     jadi akhir coretan tinta,kegagalan adalah pemula bagi segala-galanya..jangan biarkan diri terus berada dalam kegagalan kerana perjalanan masih jauh...teruskan berdoa dan bertwakkal kepada ALLAH,agar dipermudahkan dan diberi kejayaan dalam kehidupan tidak kiralah kejayaan dalam exam ker,dalam rumah tangga ker dan sebagainya,..
akhir kalam jadilah manusia yang bila mana dia tahu akan kelemahan dan kekurangan diri dia akan segera bangkit untuk berubah dan seterusnya berjaya di dunia dan diakhirat..
     "sesungguhnya ALLAH tidak akan merubah nasib sesebuah kaum itu kecuali kaum itu sendiri                            yang mengubahnya"

No comments:

Post a Comment